C
|
|
TANPA KU DUGA
Saturday, 19 November 2011 | 06:43 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Azirah tersenyum lebar ketika melihat keindahan KLIA. Memang benar kata kawan-kawannya,melihat sendiri lebih indah berbanding mendengar dari mulut orang lain. Azirah melangkah penuh yakin. Tiba-tiba dia merasakan dirinya kini rebah menyembah bumi. Azirah kaku. Senyuman yang baru saja terukir kini semakin pudar di bibirnya. Jejaka yang berada di hadapannya kini hanya membongkokkan badan tanda meminta maaf dan berlalu pergi. Azirah masih lagi tidak mengerti apa yang sedang berlaku terhadap dirinya, kepalanya pening memikirkan hal itu. Azirah tersentak apabila melihat sebentuk cincin yang cantik yang betul-betul berada di hujung kakinya.
“cik.cik tak apa-apa kah?” persoalan tersebut mematikan lamunan Azirah. Azirah mendongakkan kepalanya melihat siapakah gerangan empunya suara. Sekali lagi Azirah terpersona dengan kecantikan milik empunya suara. Cepat-cepat Azirah menggelengkan kepalanya. Lalu berdiri dari jatuhnya.
“seorang saja ke? You Nampak macam bukan orang kat sini je?” tekaan wantia itu.
“ ye saya seorang saja.erm..saya dari sabah.. awak?”
“wooo..i orang sini je..oh ya..jus call me fasyah..nice to meet u..and you name??” fasyah yang baru dikenalinya menghulurkan tangan tanda perkenalan. Azirah hanya tersenyum menyambut salam tersebut.
“saya Azirah Azila..panggil zirah je la..”
*****
“ waaa… mama..masak apa ni?? Terbuka selera Irman mama…” Irman tersenyum puas melihat masakan mamanya. Tidak sabar-sabar rasanya hendak menjamah masakan ibu tercinta.
“mana cincin yang mama bagi tu Irman?? Dah sebulan dah Irman??” soalan mamanya mematikan pergerakannya. Itulah soalan yang selama ini
“ Mama ni..tak ada benda lain lagi ka nak dibincang??”
“ Mama bukan apa Irman… Irman tu semakin tua bukannya semakin muda..mama Cuma risau…abang-abang kamu semua dah kahwin..kamu bila lagi??” jelas kelihatan wajah risau milik mama Irman. Irman hanya mengeluh. Pening kepalanya memikirkan hal itu.
“ kalau ada jodoh..ada lah tu mama…”
“ sedap je mulut dia bercakap….mama bagi tempoh dua minggu je Irman bawa calon isteri balik kat rumah ni..kalau Irman tak bawa balik calon Irman sendiri…biar mama je yang pilih calon buat Irman…” Irman tersentak. Terkejut dengan sikap tegas mamanya. Irman hanya terkedu, terkunci mulutnya ketika mendengar amaran mamanya. ‘mana aku nak cari ni…dua minggu!! Adoi…..’
*****
Azirah mengeluh. Sudah sebulan dia berada di tempat orang namaun dia belum lagi mendapat kerja yang sesuai dengan kehendak hatinya.
“ Azirah…cepat-cepat…” jerit Fasyah dari jauh.
“kenapa ni??” azirah masuk ke bilik Fasyah. Pelik dengan perangai sahabat barunya itu.
“u rasa mana yang sesuai dengan i??” jelas terukir senyuma di wajah Fasyah. Baju miliknya satu-satu dipadankan di tubuh langsingnya. Azirah hanya memandang kosong.
“ you nak pergi mana pakai cantik-cantik ni??” soal Azirah meminta kepastian.
“ I nak jumpa bakal ibu mertua I.. You temankan I ya? “ pinta Fasyah. Azirah hanya mampu mengeluh. Kehendak temannya ini perlu dituruti kalau tidak ‘Huh! Entahlah…’
*****
Kini hari yang dinanti oleh Puan Rozita telah tiba. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan bakal menantunya. Lamunan Puan rozita tergangu apabila melihat dua kelibat dihadapannya.
“Assalammualaikum puan..”. mesra sapaan itu membuatkan Puan Rozita tersentuh. Namun Puan Rozita keliru yang manakah bakal menantunya. Seorang berpakaian ‘ Ya Allah!’ dan seorang sejuk hati Puan Rozita memandangnya manis bertudung sopan lagaknya.
“wa’alaikumsalam.. mana satu menantu mama ni??” Puan Rozita
“ Saya Fasyah Puan..ni kawan serumah saya. Azirah..”Fasyah tersenyum malu ketika memperkenalkan dirinya. Puan Rozita sedikit kecewa, namun itu Fasyah orangnya.
“ Oh..ni Fasyah ya? Mama Fasyah sihat??”
“mama? Sihat je Puan..Erm…puan sihat?” Azirah menjadi pemerhati kaku dengan keadaan itu. Melihat kelakuan Fasyah jauh berbeza dengan perwatakkannya di rumah. ‘nak amibl hati mak mertua kot’ teka hati Azirah.
“Sihat alhamdulillah..masuklah..” pelawaan ringkas puan Rozita.
“ duduk ya..buat macam rumah sendiri.erm..saya masuk ke dapur kejap”
“ tak payahlah susah-susah.Terima kasih.” Jawab Azirah lembut. Takut unuk melukai hati puan Rozita
“ aik? Tetamu kenalah diberi minum..tak macam tu Fasyah?” Fasyah tidak menjawab malah hanya tersimpul malu.
“ kaya I kalau macam ni Azirah??” ucap Fasyah apabila Puan Rozita berlalu. Azirah tidak berani berkata-kata dia hanya tersenyum tanda setuju dengan ucapan kawan serumahnya itu. Puan Rozita muncul dengan hidangan. Fasyah hanya senyum tak henti-henti mungkin berangan masa depannya kot. Azirah menyambut dulang di tangan Puan Rozita. Tersentak Fasyah dan Puan Rozita dengan kelakuan sepontan Azirah. Tanpa diarahkan Azirah menghidang minuman dan sedikit kek yang di bawa oleh Puan rozita. Fasyah menjeling tajam kearah Azirah. Perasan marahnya tiba-tiba hadir di lubuk hatinya. Meluat dengan kelakuan Azirah yang seakan-akan ingin merampas angannya. Namun Puan Rozita tidak henti-henti memuji kesopanan Azirah di dalam hatinya. Mata puan Rozita tidak lepas dari memerhatikan langkah Azirah sehingga matanya terhenti di jari Azirah. Puan Rozita tersentak. Sebentuk cincin yang amat dikenalinya. Puan Rozita ingin mencapai tangan Azirah..
“Assalammualaikum…” Puan Rozita tersentak. Perbuatannya terhenti sebaik saja terdengar suara tersebut
Entah kenapa hati Iram rasa tidak sedap hati apabila meninggalkan rumahnya pagi tadi. Irman menggambil keputusan untuk pulang awal. Bimbang terhadap mama kesayangannya yang tinggal keseorangan di rumah yang besar itu.
“Assalammualaikum…”
“mama…Irman da balik…."
“ Irman…!” Puan rozita merenenung wajah anak kesayanagnnya.
“ apa ni mama? Jawab salam pun tak ada tiba-tiba panggil nama Irman pula..mama tak apa-apakan??” risau Irman melihat wajah mamanya seperti ada sesuatu yang mungkin membebankan dirinya.
“ Irman tahukan yang hari ni mama bawa calon isteri Irman..?” Irman tersentak. Baru dia teringat kata-kata mamanya malam semalam.
“ kalau iya pun Irman da ada calon sendiri kenapa tak bawa jumpa mama?tak lah keadaan akan jadi serumit ini.” Ucapan Puan Rozita membuatkan Irman keliru berkerut dahi Irman dengan persolan mamanya. Puan Rozita mengeluh lalu menarik tangan anaknya ke ruang tamu. Dua wanita yang menjadi tetamu Puan Rozita berdiri secara sepontan. Irman masih tidak mengerti, dia memandang kedua-dua wanita itu dengan penuh tanda tanya.
“ ini pilihan Irman?” soal Puan Rozita sambil menarik Azirah dekat dengannya. Azirah dan Fasyah tersentak. Mereka saling berpandangan. Tidak mengerti dengan keadaan itu. Irman keliru cepat-cepat dia mencari jawapan. Tiba-tiba mata Irman terhenti di jari Azirah ‘ya…tu lah cincin pemberian mama untuk calon aku..tapi kenapa ada pada dia?’ bisik hati Irman. Wajah Azirah ditatap lama. Wanita itu cukup tenang walaupun keadaan kini bertambah buruk.
“tu Fasyah calon mama untuk Irman..” Irman memandang Fasyah dari atas ke bawah. ‘cantik…tapi bukan yang macam ni aku nak buat jadi isteri’ meluat Irma melihat pakaian Fasyah yang sedikit terdedah. sekali lagi memandang Azirah lalu mengukirkan senyuman.
“ mama ni Irman nak buat surprise pun susah..” jawab Irman tanpa memperdulikan orang di sekelilingnya.
“ So Azirah ni calon isteri Irman?” soal Puan Rozita seakan-akan tidak percaya. ‘Oh Azirah ya’ bisik hati kecil Irman sambil tersenyum memandang Azirah. Kini Azirah tersentak terkejut dengan pengakuan Irman. Geram di dalam hatinya. ‘ gila agaknya orang ni kenal pun tak tiba-tiba mengaku aku calon isterinya’ Azirah tertunduk takut hendak melihat wajah Fasyah.
“ Puan kami balik dulu” pinta Fasyah membuatkan mereka terkejut. Azirah tidak membantah, dia hanya mengikut langkah Faysah.
**********
Faysha bengang. Sakit hatinya melihat drama di hadapannya tadi.
“ Fasyah..”lembut suara Azirah memanggil Fasyah takut juga kalau-kalau gunung berapi nak meletup.
“ I hete you! Kau dah jatuhkan maruah aku..kau tahu tak?!” marah Fasyah. Kecut perut Azirah mendengar suara lantang milik Fasyah.
“aku tak nak tengok muka kau kat rumah ni lagi. Buat penat je aku pungut kau dulu kat airport. Tapi apa yang aku dapat? Kau tipu aku! Kau jatuhkan maruah aku!”
“ apa yang Azirah dah buat??” soal Azirah yang masih tidak mengerti.
“Apa yang kau da buat??”..Faysah mengeluh.” Kalau dah tau itu rumah pakwe kau. kenapa awal-awal tak bagi tahu aku? Kalau tak semua ni tak akan terjadi kau tau!” sambung Fasyah lagi.
“ tapi Fasyah..”
“ Eah! Dah lah! Aku dah suruh keluar tu keluar lah!” potong Fasyah. Azirah tersentak akhirnya dia kalah dengan tangisannya.kata-kata Fasyah diturutkan jua namun dia takut kemana harus dia membawa diri di tempat orang.
*****
“ Azirah”. Azirah tersentah apabila terdengar namanya dipanggil. Cepat-cepat dia mengesatkan air matanya. Azirah berpaling kebelakang. Seorang jejaka kini betul-betul dihadapannya sambil mengukirkan senyuman. Melihat wajah itu cukup membuatkan Azirah marah. Namun hanya tangisan yang mampu diluahkan.
“ Kenapa ni?” jejaka itu seakan panik. Lalu menghulurkan sapu tangannya. Azirah menyambutnya tanpa berkata apa-apa.
“ nak kemana dengan semua beg?” Azirah tidak menjawab malah meneruskan langkahnya.
“ tunggu lah.. saya Irman..maaf pasal hal tadi..saya terpaksa buat macam tu..mama saya terlalu mendesak saya untuk berkahwin cepat” langkah Azirah sengaja dihentikan matanya tajam merenung Irman di hadapannya.
“so awak main lepas je la? Tak fikir perasan orang lain?macam tu? Sebab awak..saya tak tahu nak pergi ke mana lagi sebab awak juga saya dah kehilangan kawan kat sini” Azirah mengeluh.
“ maafkan saya. Saya tahu semua salah saya..” Azirah merenung ke wajah Irman mencari keikhlasan jejaka tersebut.
“ Sementara tu awak tinggal kat rumah saya ya..mama mesti suka” cadang Irman. Azirah tersentak cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.
“ tak apa..mama mesti suka punya…percaya kat saya” ucap Irman sambil menghadiahkan senyuman yang cukup manis buat Azirah.
“ Mana awak tahu saya ada kat sini?”
“Oh ya..tadi beg awak tertinggal…” jelas Irman. Azirah tersentak. Malu pula beg sebesar itu boleh tertinggal.
“ saya jumpa alamat ni kat beg awak..”sambung Irman lagi.
“ saya Irman..”
“saya Azirah…”
****
“ Mama..!” jerit Irman mengejutkan Puan Rozita daripada lamunannya. Cepat-cepat Puan Rozita berlari kearah anaknya.
“ Azirah!” Berbunga riang hati Puan rozita apabila melihat kehadiran Azirah di sisi Irman. Tubuh kecil Azirah dipeluk mesra.
“ nak pergi mana dengan semua beg ni?” soal Puan Rozita selepas meleraikan pelukkannya. Azirah hanya diam di sisi Irman.
“ Azirah dah tak ada tempat tinggal. Kalau Azirah tinggal dengan kita boleh tak?” soal Irman. Puan Rozita tersentak wajah Azirah ditatap lama.
“ jadi selama ni tinggal kat mana??”
“dengan Fasyah..Tapi lepas kejadian tadi Fasyah terus halau Azirah dari rumah.” Pengakuan Azirah membuat Irman dan Puan Rozita tersentak.
“ Mari masuk.. mama tak keberatan pun nak tumpangkan Azirah kat sini. Lagi pun tak lama lagi Azirah
“ Irman.. Irman tidur kat bilik tetamu ya? Biar Azirah tidur di bilik kamu” pinta Puan Rozita membuatkan Irman sedikit tersentak.
“ tapi mama..”
“ Bilik tetamu tu kotor sangat biar kamu saja tidur kat
“ Tolong azirah bawa begnya ke atas Irman..”sambung Puan Rozita lagi. Irman angkur lalu membawa beg itu ke atas. Puan Rozita hanya tersenyum lalu pergi menyambung semula kerjanya.
***
Irman mengemas bilik tidurnya. Azirah yang hanya tercegat depan pintu hanya melihat Irman bersunguh-sunguh mengemas ruangan itu.Cantik..tapi masakan lelaki yang tinggal di bilik itu. Mengalahkan bilik seorang wanita.
“ maaf ..hiasan yang terlebih-lebih..mengalahkan orang da baru kawin.”ucap Irman yang seakan-akan mengerti apa yang telah bersarang di kepala Azirah.
“ nak tanya sikit boleh?” Azirah hanya menganguk lalu duduk di birai katil. Wajah tampan Irman direnung dalam. Tidak sabar untuk mendengar pertanyaan dari mulut Irman.
“ mana awak dapat Cincin tu? Dah puas saya cari tapi tak jumpa.”
“ ermm..saya jumpa kat airport bulan lepas..masa saya jatuh terlangar seseorang..” jelas Azirah dengan tenang.
“ Jadi awak lah perempuan yang saya langgar hari tu ya??” soal Irman sambil mengingati kejadiaan sebulan yang lalu. Azirah menganguk lalu menghulurkan sebentuk cincin itu kepada Irman. Irman hanya mengeleng lalu menghadiakan senyuman yang manis kepada Azirah.
“ awak tolong saya kali ni ya. Saya janji tak lama. Lain kali saya pula yang tolong awak.” Azirah tersentak dengan kata-kata Irman. Wajah jejaka di hadapannya kini di renung dalam-dalam. Berkedut dahi Azirah dibuatnya.
“apa maksud awak dengan kata-kata tu??” Irman menghampiri Azirah.
“ Awak jadi kekasih saya untuk sementara waktu ni” Pinta Irman mengejutkan Azirah.
“ plz.. saya merayu kat awak.. saya janji benda ni tak lama” Rayu Irman lagi. Azirah menggelengkan kepalanya. Permintaan Irman betul-betul tak boleh terima dek akal.
“ Awak da gila ka?? So, awak nak tipu mama awak?? Macam tu??” Irman tersentak. Kepalanya sedikit di tundukkan.
“ mama saya terlalu mendesak. Saya tak mungkin dapat mencari seorang menantu dan seorang isteri yang sempurna dalam masa sesingkat tu” Irman mengeluh. Permintaan ibunya terlalu berat butanya. Irman melangkah lemah ke jendela. Azirah hanya memandang dengan rasa serba salah.
“ baiklah.. tapi saya harap benda ni tak
“ Terima kasih, saya janji saya..”Irman memandang Azirah sekali lagi. Lalu mengukirkan sebuah senyuman. Tenang hatinya melihat Azirah membalas senyumanya.
“ So.. awak kenalah cari menantu dan isteri cepat-cepat” Irman terkedu akhirnya kedua-dua mereka tergelak serentak. Irman merasa lega, ternyata wanti di hadapannya kini senang di bawa berbincang.
“ Jom”
“Jom apa??” soal Azirah. Pelik dengan ajakan ringkas Irman
“jom turun..nanti apa pula kata mama kita lama-lama kat bilik ni..berdua-duan pula” Irman memandang nakal kearah Azirah. Membuatkan Azirah tidak selesa dengan renungan tersebut. Azirah menganggukkan kepalanya lalu mengaturkan langkah nya dan diikuti oleh Irman. Langkah mereka terhenti apa bila melihat seseorang berdiri di depan pintu bilik Irman. Azirah dan Irman berpandangan.
“Mama…”
********
|