C

![]() |
Siap AkirNya
Friday, 25 November 2011 | 23:31 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
hahaha..penatnya nk edit skin classic ni..huhu
bnyk betul nak diubah..tapi takpa la..
setakat ni iza use skin ni la dlu..
tapi rasanya nak tukar lagi pas ni..
bab..xbley nak letak comment la..
hahaha..
apa bley wat..use skin ni dlu la wat semantar ni..
TANPA KU DUGA
Saturday, 19 November 2011 | 06:43 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Azirah tersenyum lebar ketika melihat keindahan KLIA. Memang benar kata kawan-kawannya,melihat sendiri lebih indah berbanding mendengar dari mulut orang lain. Azirah melangkah penuh yakin. Tiba-tiba dia merasakan dirinya kini rebah menyembah bumi. Azirah kaku. Senyuman yang baru saja terukir kini semakin pudar di bibirnya. Jejaka yang berada di hadapannya kini hanya membongkokkan badan tanda meminta maaf dan berlalu pergi. Azirah masih lagi tidak mengerti apa yang sedang berlaku terhadap dirinya, kepalanya pening memikirkan hal itu. Azirah tersentak apabila melihat sebentuk cincin yang cantik yang betul-betul berada di hujung kakinya.
“cik.cik tak apa-apa kah?” persoalan tersebut mematikan lamunan Azirah. Azirah mendongakkan kepalanya melihat siapakah gerangan empunya suara. Sekali lagi Azirah terpersona dengan kecantikan milik empunya suara. Cepat-cepat Azirah menggelengkan kepalanya. Lalu berdiri dari jatuhnya.
“seorang saja ke? You Nampak macam bukan orang kat sini je?” tekaan wantia itu.
“ ye saya seorang saja.erm..saya dari sabah.. awak?”
“wooo..i orang sini je..oh ya..jus call me fasyah..nice to meet u..and you name??” fasyah yang baru dikenalinya menghulurkan tangan tanda perkenalan. Azirah hanya tersenyum menyambut salam tersebut.
“saya Azirah Azila..panggil zirah je la..”
*****
“ waaa… mama..masak apa ni?? Terbuka selera Irman mama…” Irman tersenyum puas melihat masakan mamanya. Tidak sabar-sabar rasanya hendak menjamah masakan ibu tercinta.
“mana cincin yang mama bagi tu Irman?? Dah sebulan dah Irman??” soalan mamanya mematikan pergerakannya. Itulah soalan yang selama ini
“ Mama ni..tak ada benda lain lagi ka nak dibincang??”
“ Mama bukan apa Irman… Irman tu semakin tua bukannya semakin muda..mama Cuma risau…abang-abang kamu semua dah kahwin..kamu bila lagi??” jelas kelihatan wajah risau milik mama Irman. Irman hanya mengeluh. Pening kepalanya memikirkan hal itu.
“ kalau ada jodoh..ada lah tu mama…”
“ sedap je mulut dia bercakap….mama bagi tempoh dua minggu je Irman bawa calon isteri balik kat rumah ni..kalau Irman tak bawa balik calon Irman sendiri…biar mama je yang pilih calon buat Irman…” Irman tersentak. Terkejut dengan sikap tegas mamanya. Irman hanya terkedu, terkunci mulutnya ketika mendengar amaran mamanya. ‘mana aku nak cari ni…dua minggu!! Adoi…..’
*****
Azirah mengeluh. Sudah sebulan dia berada di tempat orang namaun dia belum lagi mendapat kerja yang sesuai dengan kehendak hatinya.
“ Azirah…cepat-cepat…” jerit Fasyah dari jauh.
“kenapa ni??” azirah masuk ke bilik Fasyah. Pelik dengan perangai sahabat barunya itu.
“u rasa mana yang sesuai dengan i??” jelas terukir senyuma di wajah Fasyah. Baju miliknya satu-satu dipadankan di tubuh langsingnya. Azirah hanya memandang kosong.
“ you nak pergi mana pakai cantik-cantik ni??” soal Azirah meminta kepastian.
“ I nak jumpa bakal ibu mertua I.. You temankan I ya? “ pinta Fasyah. Azirah hanya mampu mengeluh. Kehendak temannya ini perlu dituruti kalau tidak ‘Huh! Entahlah…’
*****
Kini hari yang dinanti oleh Puan Rozita telah tiba. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan bakal menantunya. Lamunan Puan rozita tergangu apabila melihat dua kelibat dihadapannya.
“Assalammualaikum puan..”. mesra sapaan itu membuatkan Puan Rozita tersentuh. Namun Puan Rozita keliru yang manakah bakal menantunya. Seorang berpakaian ‘ Ya Allah!’ dan seorang sejuk hati Puan Rozita memandangnya manis bertudung sopan lagaknya.
“wa’alaikumsalam.. mana satu menantu mama ni??” Puan Rozita
“ Saya Fasyah Puan..ni kawan serumah saya. Azirah..”Fasyah tersenyum malu ketika memperkenalkan dirinya. Puan Rozita sedikit kecewa, namun itu Fasyah orangnya.
“ Oh..ni Fasyah ya? Mama Fasyah sihat??”
“mama? Sihat je Puan..Erm…puan sihat?” Azirah menjadi pemerhati kaku dengan keadaan itu. Melihat kelakuan Fasyah jauh berbeza dengan perwatakkannya di rumah. ‘nak amibl hati mak mertua kot’ teka hati Azirah.
“Sihat alhamdulillah..masuklah..” pelawaan ringkas puan Rozita.
“ duduk ya..buat macam rumah sendiri.erm..saya masuk ke dapur kejap”
“ tak payahlah susah-susah.Terima kasih.” Jawab Azirah lembut. Takut unuk melukai hati puan Rozita
“ aik? Tetamu kenalah diberi minum..tak macam tu Fasyah?” Fasyah tidak menjawab malah hanya tersimpul malu.
“ kaya I kalau macam ni Azirah??” ucap Fasyah apabila Puan Rozita berlalu. Azirah tidak berani berkata-kata dia hanya tersenyum tanda setuju dengan ucapan kawan serumahnya itu. Puan Rozita muncul dengan hidangan. Fasyah hanya senyum tak henti-henti mungkin berangan masa depannya kot. Azirah menyambut dulang di tangan Puan Rozita. Tersentak Fasyah dan Puan Rozita dengan kelakuan sepontan Azirah. Tanpa diarahkan Azirah menghidang minuman dan sedikit kek yang di bawa oleh Puan rozita. Fasyah menjeling tajam kearah Azirah. Perasan marahnya tiba-tiba hadir di lubuk hatinya. Meluat dengan kelakuan Azirah yang seakan-akan ingin merampas angannya. Namun Puan Rozita tidak henti-henti memuji kesopanan Azirah di dalam hatinya. Mata puan Rozita tidak lepas dari memerhatikan langkah Azirah sehingga matanya terhenti di jari Azirah. Puan Rozita tersentak. Sebentuk cincin yang amat dikenalinya. Puan Rozita ingin mencapai tangan Azirah..
“Assalammualaikum…” Puan Rozita tersentak. Perbuatannya terhenti sebaik saja terdengar suara tersebut
********************* Read more »waa....Rajin
Wednesday, 16 November 2011 | 04:55 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
hahaha
hari ni iza rajin post2 kat blog ni..
ish.ish..ish...
semalam iza tnya2 solan kat kawan iza..
tu yang rajin nak post ni..
bab kalau nak tanya kawan2 iza yang lain boleh rujuk blog iza ja..
tak payah susah2 nak p blog yang iza kunjung tu..
ops..
hahahahaha..
Psikologi Cinta
| 04:39 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
SOALAN:~
1. Jika anda menyertai perlumbaan, kenderaan nombor apakah yang anda guna untuk memulakan perlumbaan?
a. 0 b. 1 c. 2 d. 3 e. 7 f. 99 g. 100
2. Semasa melancong bersendirian di negara asing, anda tergelincir lalu terseliuh dan langsung tak boleh berjalan. Sebuah kenderaan berhenti dan pemiliknya ingin memberikan bantuan, apakah kenderaan tersebut?
a. basikal b. motor c. sport car d. lori e. kuda
3. Jikalau dihidangkan makanan, makanan mana yang anda pilih dulu?
a. kek b. starwberi c. biskut d. puding
4. Buah apa yang memberi imej seseorang yang anda kenali?
a. epal b. tembikai c. anggur d. strawberi
5. Ada serbuk putih dalam pinggan anda, anda teka...?
a. garam b. gula c. dadah d. kanji
6. Ada 5 jenis biskut di hadapan anda. Satu darinya mengandungi racun. Bentuk mana yang anda akan makan?
a. bulat b. tiga segi c. empat segi d. bentuk bintang
Selamat Mencuba! Jawapan untuk psikologi ada di bahagian bawah ini...
JAWAPAN:~
1. MENUNJUKKAN PERWATAKAN DIRI
a. bersifat pendiam serta pemalu & tidak tamak
b. bersifat kebudakan dan ikhlas
c. semangat berkumpulan & memerlukan pertolongan orang lain
d. mementingkan kejayaan dalam unit
e. sentiasa girang & optimistik
f. sentiasa memerlukan pujian & ucapan tahniah
g. sentiasa berpuas hati dengan pencapaian diri
2. MENUNJUKKAN JIWA & PERASAAN ANDA SELEPAS PASANGAN MENINGGALKAN ANDA
a. bercinta secara acuh tak acuh
b. bercinta sepenuh hati, jiwa dan raga
c. jadi kaya dan berharta kerana tak perlu belanja pasangan
d. jadi pemalu dan pendiam
e. jadi raja kerana bebas dari kawalan pasangan
3. JENIS HUBUNGAN CINTA YANG ANDA INGINI
a. perhubungan yang matang dan bersyarat
b. perhubungan yang kanyi
c. perhubungan yang tanpa ikatan
d. perhubungan berbentuk fizikal
4. JENIS PASANGAN YANG INGIN DIJADIKAN TEMAN @ KEKASIH
a. masih dara/teruna
b. kuat memuja anda
c. hanya sebagai permainan
d. pertama kali jatuh cinta
5. APA YANG SELALU BERMAIN DIKEPALA ANDA
a. musuh anda
b. kekasih anda
c. rakan kongsi anda
d. keluarga anda
6. JENIS PASANGAN YANG ANDA INGIN KAHWINI
a. berpelajaran, lemah lembut & tempat bergantung
b. punyai ketajaman persepsi dan ikhlas
c. bersikap jujur, degil dan lurus
d. berwatakan mempesonakan Ujian personiliti 2
| 04:19 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini.ianya benar-benar melambngkan siapakah diri anda sebnarnya,..Situasi: Anda berada di dalam hutan (1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan (2) nyatakan apakah haiwan itu (3) tindakan anda terhadap haiwan itu (biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu) anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci (4) nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10 anak kunci) anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. pada fikiran anda.. (5) adakah rumah itu berpagar? (6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup? anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja. (7) apakah bentuk meja itu? (Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga) atas meja ada pasu... (8) Berapa banyak air dalam pasu itu? (Penuh / Setengah / Kosong) (9) Pasu itu diperbuat daripada apa? [(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)] Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. (10) Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju) anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. (11) Apa ukuran kotak itu? (kecil / sederhana / besar) (12) kotak itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam) tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan. (13) jambatan diperbuat daripada apa? (logam / kayu / rotan) Di seberang jambatan, ada seekor kuda. (14) Apakah warna kuda itu? (putih / kelabu / coklat / hitam) (15) Apa yang kuda lakukan? (diam dan tenang / menggigit rumput / berlari) (16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan: (i) lari dan bersembunyi di dalam peti? (ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan? (iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi? Rahsia No peribadi anda
| 04:08 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4. Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri. Nombor 1 LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental. Nombor 2 NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh. Nombor 3 RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda. Nombor 4 NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini. Nombor 5 SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya. Nombor 6 HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana. Nombor 7 INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis. Nombor 8 ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati. Nombor 9 NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan! Nombor 10 atau 0 SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya. Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Ujian kenali sahabat
| 03:58 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih... 1- tepi sungai 2- halaman rumah 3-tepi/tengah padang 4-belakang rumah/tepi dapur Jawap dengan jujur ya dah pilih???? ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu 1- tepi sungai -boros -sukar berjimat -boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros 2- halaman rumah -sangat suka dipuji -pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali 3-tepi/tengah padang -sangat berkira/kedekut 4-belakang rumah/tepi dapur -penjimat -pandai menguruskan kewangan dengan baik -paling bersederhana dalam semua segi Ujian Personaliti
| 03:52 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Jawab soalan ni ya...1)Anda suka warna..?? Merah-soalan 3 Biru-soalan 2 Hijau-soalan 2 2)bulan kelahiran anda..?? Jan/Mac-soalan 3 Apr/Jun-soalan 4 Jul/sep-soalan 6 okt/Dis-soalan 7 3)anda lelaki..?? ya-soalan 5 tidak-soalan 4 4)anda wanita..?? Ya-soalan 5 tidak-kembali ke soalan 3 5)anda suka.. Bulat- No. 6 segi tiga- No. 7 segi empat- No. 6 6)Anda seorang yang panas baran tetapi anda mudah menangis..sejak akhir2 ini anda suka bersendirian dan memikirkan tentang masa depan atau lebih tepatnya anda sedang berangan,...anda sukakan keselesaan dan anda inginkan sesuatu yang istimewa.Fikiran anda mudah untuk diterjemahkan..Anda mula mencari kawan sejati yang sedia sehidup semati dengan awak... 7)anda jenis yang relax,kool,dan tenang namun tetap ada masalah yang datang melanda...anda jadi kelam kabut,dan anda sentiasa memikirkan tentang cara nak mendapatkan sesuatu..fikiran anda sukar untuk diterjemahkan..Anda merasakan seolah2 dunia mengongkong anda.. betul atau tidak...??? untuk ujian lagi... sila layari laman sesawang saya... syafiqaizatmf.wordpress.com sila klik kategori identiti diri-personaliti Psikologi : Personaliti Diri
| 01:25 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Ada 5 perkara berlaku serentak:1. Air mendidih kat dapur. 2. Air paip melimpah kat bilik air. 3. Bayi menangis. 4. Telefon berbunyi. 5. Ada orang ketuk pintu. Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan. Fikirkan ~ Amaran: anda dilarang menipu sambil melihat jawapan dibawah terlebih dahulu. ini tidak jujur sama sekali. Sudah buat keputusan jika perkara tersebut berlaku pada anda? apakah fakta terselindung disebalik jawapan dari tindakan yang anda lakukan jika ini benar-benar terjadi. Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda? • Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda. • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta. • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang. • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda. • Kalau anda memilih untuk membuka pintu: menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda. P/S: ini hanya fakta yang tidak tahu kesahihannya, tapi tidak salah jika kita mencuba. mungkin kita dapat memahami cara atau tindak-taduk seseorang dari psikologi ini dan tahu serba sedikit cara pasangan kita berfikir. Selamat mencuba! Sunday, 13 November 2011 | 20:53 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
My Edit
| 06:22 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
ok tak?
hahaha..Zee edit muka zee jadi avatar..
hahaha..
tapi macam pelik pulak.
macam bukan muka Zee ja..
hehe..
tp apa pun pas ni nak edit lagi.. yay!
Labels: Edit |