C
|
Siap AkirNya
Friday 25 November 2011 | 23:31 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
hahaha..penatnya nk edit skin classic ni..huhu
bnyk betul nak diubah..tapi takpa la..
setakat ni iza use skin ni la dlu..
tapi rasanya nak tukar lagi pas ni..
bab..xbley nak letak comment la..
hahaha..
apa bley wat..use skin ni dlu la wat semantar ni..
TANPA KU DUGA
Saturday 19 November 2011 | 06:43 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
Azirah tersenyum lebar ketika melihat keindahan KLIA. Memang benar kata kawan-kawannya,melihat sendiri lebih indah berbanding mendengar dari mulut orang lain. Azirah melangkah penuh yakin. Tiba-tiba dia merasakan dirinya kini rebah menyembah bumi. Azirah kaku. Senyuman yang baru saja terukir kini semakin pudar di bibirnya. Jejaka yang berada di hadapannya kini hanya membongkokkan badan tanda meminta maaf dan berlalu pergi. Azirah masih lagi tidak mengerti apa yang sedang berlaku terhadap dirinya, kepalanya pening memikirkan hal itu. Azirah tersentak apabila melihat sebentuk cincin yang cantik yang betul-betul berada di hujung kakinya.
“cik.cik tak apa-apa kah?” persoalan tersebut mematikan lamunan Azirah. Azirah mendongakkan kepalanya melihat siapakah gerangan empunya suara. Sekali lagi Azirah terpersona dengan kecantikan milik empunya suara. Cepat-cepat Azirah menggelengkan kepalanya. Lalu berdiri dari jatuhnya.
“seorang saja ke? You Nampak macam bukan orang kat sini je?” tekaan wantia itu.
“ ye saya seorang saja.erm..saya dari sabah.. awak?”
“wooo..i orang sini je..oh ya..jus call me fasyah..nice to meet u..and you name??” fasyah yang baru dikenalinya menghulurkan tangan tanda perkenalan. Azirah hanya tersenyum menyambut salam tersebut.
“saya Azirah Azila..panggil zirah je la..”
*****
“ waaa… mama..masak apa ni?? Terbuka selera Irman mama…” Irman tersenyum puas melihat masakan mamanya. Tidak sabar-sabar rasanya hendak menjamah masakan ibu tercinta.
“mana cincin yang mama bagi tu Irman?? Dah sebulan dah Irman??” soalan mamanya mematikan pergerakannya. Itulah soalan yang selama ini
“ Mama ni..tak ada benda lain lagi ka nak dibincang??”
“ Mama bukan apa Irman… Irman tu semakin tua bukannya semakin muda..mama Cuma risau…abang-abang kamu semua dah kahwin..kamu bila lagi??” jelas kelihatan wajah risau milik mama Irman. Irman hanya mengeluh. Pening kepalanya memikirkan hal itu.
“ kalau ada jodoh..ada lah tu mama…”
“ sedap je mulut dia bercakap….mama bagi tempoh dua minggu je Irman bawa calon isteri balik kat rumah ni..kalau Irman tak bawa balik calon Irman sendiri…biar mama je yang pilih calon buat Irman…” Irman tersentak. Terkejut dengan sikap tegas mamanya. Irman hanya terkedu, terkunci mulutnya ketika mendengar amaran mamanya. ‘mana aku nak cari ni…dua minggu!! Adoi…..’
*****
Azirah mengeluh. Sudah sebulan dia berada di tempat orang namaun dia belum lagi mendapat kerja yang sesuai dengan kehendak hatinya.
“ Azirah…cepat-cepat…” jerit Fasyah dari jauh.
“kenapa ni??” azirah masuk ke bilik Fasyah. Pelik dengan perangai sahabat barunya itu.
“u rasa mana yang sesuai dengan i??” jelas terukir senyuma di wajah Fasyah. Baju miliknya satu-satu dipadankan di tubuh langsingnya. Azirah hanya memandang kosong.
“ you nak pergi mana pakai cantik-cantik ni??” soal Azirah meminta kepastian.
“ I nak jumpa bakal ibu mertua I.. You temankan I ya? “ pinta Fasyah. Azirah hanya mampu mengeluh. Kehendak temannya ini perlu dituruti kalau tidak ‘Huh! Entahlah…’
*****
Kini hari yang dinanti oleh Puan Rozita telah tiba. Tidak sabar rasanya menanti ketibaan bakal menantunya. Lamunan Puan rozita tergangu apabila melihat dua kelibat dihadapannya.
“Assalammualaikum puan..”. mesra sapaan itu membuatkan Puan Rozita tersentuh. Namun Puan Rozita keliru yang manakah bakal menantunya. Seorang berpakaian ‘ Ya Allah!’ dan seorang sejuk hati Puan Rozita memandangnya manis bertudung sopan lagaknya.
“wa’alaikumsalam.. mana satu menantu mama ni??” Puan Rozita
“ Saya Fasyah Puan..ni kawan serumah saya. Azirah..”Fasyah tersenyum malu ketika memperkenalkan dirinya. Puan Rozita sedikit kecewa, namun itu Fasyah orangnya.
“ Oh..ni Fasyah ya? Mama Fasyah sihat??”
“mama? Sihat je Puan..Erm…puan sihat?” Azirah menjadi pemerhati kaku dengan keadaan itu. Melihat kelakuan Fasyah jauh berbeza dengan perwatakkannya di rumah. ‘nak amibl hati mak mertua kot’ teka hati Azirah.
“Sihat alhamdulillah..masuklah..” pelawaan ringkas puan Rozita.
“ duduk ya..buat macam rumah sendiri.erm..saya masuk ke dapur kejap”
“ tak payahlah susah-susah.Terima kasih.” Jawab Azirah lembut. Takut unuk melukai hati puan Rozita
“ aik? Tetamu kenalah diberi minum..tak macam tu Fasyah?” Fasyah tidak menjawab malah hanya tersimpul malu.
“ kaya I kalau macam ni Azirah??” ucap Fasyah apabila Puan Rozita berlalu. Azirah tidak berani berkata-kata dia hanya tersenyum tanda setuju dengan ucapan kawan serumahnya itu. Puan Rozita muncul dengan hidangan. Fasyah hanya senyum tak henti-henti mungkin berangan masa depannya kot. Azirah menyambut dulang di tangan Puan Rozita. Tersentak Fasyah dan Puan Rozita dengan kelakuan sepontan Azirah. Tanpa diarahkan Azirah menghidang minuman dan sedikit kek yang di bawa oleh Puan rozita. Fasyah menjeling tajam kearah Azirah. Perasan marahnya tiba-tiba hadir di lubuk hatinya. Meluat dengan kelakuan Azirah yang seakan-akan ingin merampas angannya. Namun Puan Rozita tidak henti-henti memuji kesopanan Azirah di dalam hatinya. Mata puan Rozita tidak lepas dari memerhatikan langkah Azirah sehingga matanya terhenti di jari Azirah. Puan Rozita tersentak. Sebentuk cincin yang amat dikenalinya. Puan Rozita ingin mencapai tangan Azirah..
“Assalammualaikum…” Puan Rozita tersentak. Perbuatannya terhenti sebaik saja terdengar suara tersebut
********************* Read more »waa....Rajin
Wednesday 16 November 2011 | 04:55 | 0 Lepak Bila Rasa Boring
hahaha
hari ni iza rajin post2 kat blog ni..
ish.ish..ish...
semalam iza tnya2 solan kat kawan iza..
tu yang rajin nak post ni..
bab kalau nak tanya kawan2 iza yang lain boleh rujuk blog iza ja..
tak payah susah2 nak p blog yang iza kunjung tu..
ops..
hahahahaha..
|